Pengumpulan lemak dalam tisu badan kita boleh mengakibatkan kita kelihatan gemuk dan obesiti berlaku. Lemak yang terkumpul di badan dan muka yang lama dan tidak diuruskan terjadi oleh keadaan pengurusan hygienic yang lemah.
Malas , tidak ada masa bersenam yang betul dan duduk terlalu lama akan membuatkan lemak terkumpul dan akhirnya membawa masalah kesihatan yang serius. Di sini terdapat 6 tip yang dapat membantu mengatasi masalah kegemukan terutama di muka.
1. SENAMAN
Senaman adalah cara terbaik bagi mengatasi masalah kegemukan dan memecahkan lemak-lemak terkumpul. Antara senaman yang boleh di laku kan untuk muka ialah :-
a) Fish Face
Ini boleh dilakukan di mana-mana dan tidak kira tempat, kita hanya perlu sedut bibir dan pipi ke dalam dan cuba tersenyum. Kekalkan selama 5 minit dan ulang sekurang-kurangnya 10 kali.
(b) Gula-gula Getah
mengunyah gula-gula getah selalu dapat membantu meninggikan garisan rahang. Ini membuatkan muka kita nampak lebih kecik dari sebelum nya.
2. MINUM AIR
Air bukan sahaja membantu badan dari terhidrat dan kulit kelihatan segar tetapi ia juga membuatkan tubuh badan menarik. Air membuang segala toxin-toxin dalam badan dan mengekalkan kesihatan yang seimbang. Air membantu dalam pembakaran kalori. Perlu di ingat kita memerlukan sekuranng-kurangnya 1 liter air bagi 25 kg berat badan kita.
3. SUKAN BERTERUSAN
Sukan secara berterusan akan membantu meningkatkan metabolisma dan membakar kalori. Ini akan membantu badan dan muka kita lebih langsing dan cantik. Kita boleh memilih sukan yang kita minati dan lakukan secara berterusan.
4. MAKAN MAKANAN RENDAH LEMAK
Cuba amalkan permakanan sihat serta rendah lemak. Jaga permakan kita setiap hari dan kawal jumlah kalori bagi setiap makanan yang kita ambil. Elakkan makan makanan berlemak dan makan lewat malam.
5. HORMON TIDAK SEIMBANG
Kegemukan juga boleh menyebabkan hormon kita tidak stabil. Dalam kes ini anda disarankan untuk bertemu pakar dan ambil lah ubatan atau supplements yang dapat membantu.
6. BANYAKKAN BERJALAN.
Tahu kah anda banyak berjalan dapat membantu mengatasi masalah kegemukan dan lemak berterusan. Banyak berjalan membakar lemak dan kalori. Jadi ayuh berjalan...berjalan...berjalan...
No comments:
Post a Comment